About

Monday 13 May 2019

Program Sumbangan Bubur Lambuk dan Kurma Astro


11.05.2019 (Sabtu) - Hari ini telah berlangsung Program Inisiatif pihak swasta anjuran Astro (M) Holding Bhd dan Nestle Product Sdn Bhd Bersama Majlis Perbandaran Manjung di perkarangan Pusat Beli Belah TF Pusat Perniagaan Manjung Point IV, Seri Manjung. Sejumlah 200 pek bubur lambuk dan kurma telah diedarkan kepada pengunjung di kawasan berkenaan. 

Program menyantuni komuniti dengan pengagihan bubur lambuk dan kurma kepada komuniti setempat dihadiri oleh pegawai dan pengurusan Astro serta Cik Nadiah Mohd Saruan yang mewakili Majlis Perbandaran Manjung selaku perasmi program. Program ini mendapat sambutan dari pelbagai kaum dan agama. Pelbagai lapisan masyarakat telah turut sama memeriahkan acara pemberian bubur lambuk dan kurma yang diadakan cuma pada bulan ramadhan ini. Keharmonian dan budaya memberi sumbangan ketika musim perayaan merupakan sesuatu yang unik dan amat istimewa bagi pihak-pihak yang terlibat serta masyarakat setempat. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan semua pihak di masa akan datang.



Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:

Post a Comment