About

Tuesday 14 May 2019

"Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat"


Telah berlangsung sebentar tadi Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat. Pada hari ini Surau Al Hamdiah Taman Bintang, Pantai Remis menjadi lokasi kedua selepas Surau Al Badariah Kampung Padang Tembak, Lumut pada 5 hari yang lepas. Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan menjadi tonggak bagi Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut serta 2 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 3 (Damar Laut/Segari/Teluk Senangin) Encik Zainul Abidin Bin Harun dan Zon 24 (Sg.Batu-Tanjung Hantu) Encik Muhamad Nazri Bin Omar , kakitangan Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti Taman Bintang dan yang berhampiran. Objektif utama program adalah untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan berbuka puasa bersama-sama disamping beramal dan meraikan bulan Ramadan secara tidak langsung dapat menyemarak perpaduan dan bersilaturahim dalam suasana harmoni. Semoga kerjasama baik Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti berterusan dengan jayanya.











 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:

Post a Comment