About

Friday 10 May 2019

PROGRAM BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

PROGRAM PERTAMA MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT BAGI TAHUN 2019 - SURAU AL BADARIAH, PADANG TEMBAK, LUMUT.

Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat. Tempat pertama dikunjungi daripada 9 Masjid /Surau didalam program dirancang pada tahun ini ialah Surau Al Badariah, Kampung Padang Tembak, Lumut. Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung turut hadir menyertai program tahlil, berbuka puasa dan solat tarawih bersama komuniti Kampung Padang Tembak. Turut hadir adalah Penghulu Mukim Lumut serta Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohamad Sharil Bin Salihan serta kakitangan Majlis Perbandaran Manjung. Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatturahim yang sedia terjalin diantara Majlis Perbandaran Manjung dengan komuniti setempat.


Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 Image may contain: 9 people, including Mohd Helmi Arifin, Mohamad Sharil Salihan and Hadie Manchester, people sitting and indoor    Image may contain: Mohd Helmi Arifin, eating, sitting, table and food

Image may contain: 4 people, people sitting    Image may contain: 4 people, people sitting and table


0 Comments:

Post a Comment