About

Friday 30 December 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI BERSAMA MPM MEMUPUK KERJASAMA KE ARAH KAMPUNG BARU CHANGKAT KRUING YANG BERSIH 2023

 31 Disember 2022 (Sabtu) - Changkat Kruing, pekan kecil yang terletak di Mukim Sitiawan. Mendapat nama dari adunan dua nama iaitu Changkat yang bermaksud tanah tinggi dan Kruing sejenis pokok yang menghasilkan minyak untuk membuat damar sebagai penampal lubang pada bot-bot nelayan tradisional.

Di atas inisiatif Encik Austin Lau Hong Hoo, Pengerusi KRT Kampung Baru Changkat Kruing bersama Encik Najib Fahmi Samsudin, Penolong Pegawai Perpaduan, Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional daerah Manjung, Ahli Jawatankuasa KRT, pelajar sekolah dan komuniti telah berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar (Zon 3) MPM membersih sampah-sarap persekitaran jalan di pekan tersebut.
Objektif program ialah bagi memupuk kerjasama strategik di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan daerah dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menerap semangat bersatu padu komuniti, mengembling tenaga dan sikap bertanggungjawab kearah hubungan yang erat masyarakat setempat dalam membantu mewujudkan persekitaran yang bersih dan sejahtera serta menghindari daripada wabak denggi.
Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa tanggungjawab pembersihan dan keceriaan tempat tidak bergantung kepada pihak PBT sahaja, malah masyarakat juga perlu memainkan peranan bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran.
"Komuniti sepakat Tonggak Perpaduan"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Malaysia






0 Comments:

Post a Comment