About

Wednesday 7 December 2022

KHIDMAT KEMASYARAKATAN PROGRAM JIWA MURNI MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MPPL) TLDM DENGAN KERJASAMA AGENSI

 8 Disember 2022 (Khamis) - Hari ini bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pantai Pasir Panjang, Segari,Lumut telah dilangsungkan Program Jiwa Murni Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL), Pangkalan TLDM Lumut.

Program khidmat masyarakat yang dipimpin oleh Lt. M Ainaa Najihah Abd Ghani PSSTTLDM, sebagai Pegawai Koordinasi bersama 25 orang anggota berkolaborasi bersama anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung (MPM) serta anggota Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu dalam aktiviti membersih kolam dan memandikan penyu.
Objektif program Jiwa Murni TLDM adalah bagi menjalinkan hubungan strategik bersama agensi awam Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Perikanan bagi menjamin kelangsungan hidupan habitat penyu disamping memupuk budaya menjaga kebersihan kawasan tumpuan awam dalam melaksanakan program-program yang berpaksikan rakyat melalui Pelan Strategik Mindef 2021-2025.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL), Pangkalan TLDM Lumut.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment