About

Saturday 12 October 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG SK GUGUSAN LEKIR

Pagi ini di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir, Simpang Dua, Sitiawan sedang berlangsung Program Gotong Royong Perdana.

Program anjuran SK Gugusan Lekir dan PIBG sekolah di bantu oleh MPKK Felcra Gugusan Lekir, Angkatan Tentera Laut Malaysia menyumbang tenaga seramai 32 orang anggota dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 2 dan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung yang turun membantu aktiviti kemasyarakatan di sekolah ini.

Encik Ling Jeng Chai, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung @ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 12 turut turun padang membantu komuniti kawasan dibawah seliaanya.

Program meliputi mengecat kawasan landskap, menanam pokok bunga dan renek untuk hiasan keceriaan sekolah, menanam pokok kelapa pandan di sekitar padang, memangkas dahan pokok dan membersih kawasan sekolah.

Semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh semua peserta gotong royong perdana amat membanggakan dan berjaya memupuk semangat tolenrasi sesama agensi kerajaan.

Semoga usaha murni ini memberi impak yang positif bagi keceriaan sekolah dan penglibatan komuniti setempat dan agensi kerajaan yang bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




0 Comments:

Post a Comment