About

Thursday 18 July 2019

Sesi TownHall bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman di Bandar Lumut.
Sesi Pendengaran Awam atau Town hall berkenaan Pangkor Pulau Bebas Cukai diteruskan lagi ke Bandar Lumut bagi mendapatkan maklumbalas daripada komuniti Lumut yang terdiri daripada kumpulan peniaga, penduduk serta hotelier.
Antara perhatian dan luahan warga Lumut adalah berharap agar produk produk pelancongan baru diwujudkan di Bandar Lumut seiring limpahan kedatangan pelancong ke pulau bebas cukai Pangkor.

YB Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam ucapannya menyampaikan hasrat untuk terus merancakkan potensi Bandar Lumut dengan mengambil kesempatan dari pelancaran Pulau Bebas Cukai Pangkor pada tahun 2020. Pelbagai bentuk ruang dan peluang perlu diraih oleh penduduk Lumut dan kerjasama penuh akan diberikan oleh kerajaan dan badan badan kerajaan yang lain dalam memastikan manfaat ini turut dikongsi komuniti Lumut.
Menurut YDP MPM, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, dalam usaha membangunkan semula Lumut, usaha ini memerlukan input dua hala dari semua pihak khususnya warga lumut itu sendiri. Peluang dari Pelancaran Pulau Bebas Cukai Pangkor merupakan satu peluang besar untuk meningkatkan lagi potensi Lumut hasil dari limpahan pelancong yang bakal diterima nanti.
Warga Lumut seharusnya bangkit dari era suram dan berusaha mewujudkan satu suasana baru di bandar ini agar dapat seiring dengan perkembangan Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai kelak.

Bahagian Kemasyarakatan / Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




0 Comments:

Post a Comment