About

Sunday 14 July 2019

Berlangsung pagi tadi Program "Manjung Turtle Festival" di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari. Program dirasmikan oleh Encik Teong Duong Woon, Ahli Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pegawai Khas Cik Wong May Ing, Exco Negeri Perak bagi Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat yang juga ADUN kawasan Pantai Remis. Pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO turun padang bersama-sama termasuk Unit Lanskap Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Perikanan, KUASA, Youth In, Persatuan Buddies, Persatuan Penulis Manjung dan pelajar-pelajar SMK Nam Hwa, Ayer Tawar. Sempena program yang bersejarah tersebut diselitkan juga program menanam pokok Merambong sejenis pokok tumbuhan yang dipercayai menggalakkan penyu bertelur, bertindak sebagai zon penampan dan menghalang hakisan pantai serta dapat mencantikkan sekitar pantai. Rakan Alam Sekitar (KUASA), Majlis Perbandaran Manjung masing-masing menyumbang 50 dan 60 pokok merambong. Selain daripada itu 3 (tiga) daripada 4 jenis penyu di negara ini boleh didapati di Pusat Konservasi Segari, iaitu jenis penyu agar, lipas dan karah. Semoga usaha yang murni ini dapat membantu generasi akan datang mengenali penyu dan seterusnya menggalakkan industri pelancongan setempat khasnya dan negeri Perak umumnya.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment