About

Thursday 18 April 2019

PROGRAM YAASIN4AQSA MALAM SOLIDARTI KEAMANAN

Sedang berlangsung Program "YAASIN4AQSA...MALAM SOLIDARITI KEAMANAN..." di Dewan Khatulistiwa UniKL Mimet anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), UNIKL dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
Pelbagai program kerohanian bermula seawal jam 7.20 malam tadi diadakan bermula solat maghrib dan Isyak berjamaah, bacaan Yassin, forum bicara ilmu tentang "Aqsa bumi jihad" yang disampaikan oleh Alfadil Tn Hj (Cikgu) Azmi bin Abd Hamid (Presiden MAPIM) dan Alfadil Ustaz Mohd Zaki bin Zakaria, majlis tahlil dan doa selamat bersama pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi UniKL Mimet dan komuniti berhampiran. Kumpulan Inteam juga tidak menghampakan pelajar dan masyarakat dengan mengalunkan zikir dan lagu patriotik untuk Palestin. Tujuan utama program adalah untuk menolong umat islam di bumi Palestin dengan melancarkan tabung infaq..GLOBAL INFAQ ONLINE..oleh Dr Puteri Zarina binti Megat Khalid (Tim Dekan SDCL UniKL Mimet)
untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Paling utama hasrat warga UniKL Mimet untuk melahirkan mahasiswa dan siswi yang berjaya dan cemerlang, berjiwa infaq bakal terlaksana dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka pada malam ini.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 No photo description available.  Image may contain: 3 people, people sitting    

Image may contain: 2 people, people on stage    Image may contain: 9 people, people sitting  

Image may contain: one or more people, people on stage and indoor     Image may contain: 3 people, including Albert TG Looi, people on stage and people sitting

0 Comments:

Post a Comment