About

Sunday 21 April 2019

PENANAMAN ANAK BAKAU 2019 ANJURAN TNB JANAMANJUNG

21.04.2019 (7.30 pagi)...Sedang berlangsung sekarang Penanaman Anak Bakau 2019 anjuran TNB Janamanjung sempena program Cycle 4 Green TNB Janamanjung 2019, di Kampung Sungai Tiram Lekir dengan kerjasama Sahabat Hutan Bakau Lekir, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, PDRM, Bomba dan Penyelamat Manjung, Lion Club Sitiawan dan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Kehadiran seramai 350 orang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Sejarah program bermula sejak tahun 2014 hingga kini sebanyak 49 ribu pokok telah ditanam.. Pada hari ini sebanyak 3200 anak benih bakau akan ditanam. Menurut En Hadi bin Kamil ( Pengerusi Sahabat Bakau) kawasan ini telah mendapat status hutan simpan negeri Perak pada tahun lepas. Manakala Dato' Shamsul bin Ahmad (Pengarah Urusan TNB Janamanjung) dalam ucapan aluannya menjelaskan atas keprihatinan untuk melestarikan alam sekitar, menjaga ekosistem hidupan paya bakau dan pada masa yang sama menjadi tanggung jawab agar punca pendapatan penduduk setempat tidak terjejas, justeru itu agenda penanaman anak bakau dimulai daripada sekarang. Perancangan Sahabat Hutan Bakau untuk menanam sebanyak
200 ribu anak benih pokok bakau menjelang tahun 2022. 

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 No photo description available.    Image may contain: one or more people, people standing, plant, tree, outdoor and nature   

Image may contain: one or more people, outdoor and nature     Image may contain: 1 person, tree, plant, crowd, outdoor and nature 




0 Comments:

Post a Comment