About

Thursday 1 July 2021

KUNJUNGAN PRIHATIN KETUA AGENSI DAERAH MANJUNG KE KEDIAMAN MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN

KUNJUNGAN PRIHATIN KETUA AGENSI DAERAH MANJUNG KE KEDIAMAN MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN DI TAMAN FASA 2F, SERI MANJUNG

Sebentar tadi telah diadakan program kunjungan prihatin ketua agensi daerah Manjung ke premis kediaman warga komuniti yang ditimpa musibah kebakaran di Taman Fasa 2F, Seri Manjung.
 
YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato' Shaharuddin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Dato' Rashidi Ibrahim, mantan YB ADUN Pasir Panjang, Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung dan Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung berbesar hati mengunjungi dan menyantuni pemilik premis kediaman mangsa iaitu Encik Amran Ujang, pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang ditimpa musibah kebakaran keseluruhan kediaman pada hari Khamis (1Julai 2021).
 
Turut hadir adalah Cik Nurul Nabilah Ramli, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan daerah Manjung, Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 7 (Seri Manjung), Ketua-ketua jabatan dari Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Masjid dan Pengerusi KRT setempat.
 
Di program yang sama juga turut diadakan majlis ringkas penyerahan sumbangan prihatin daripada ketua-ketua agensi tersebut kepada mangsa kebakaran bagi meringankan bebanan yang ditanggung olehnya.
 
Semoga kunjungan sebagai luahan rasa simpati tersebut menguatkan lagi hubungan antara agensi kearah membentuk komuniti daerah Manjung yang prihatin dan bersemangat muafakat dalam masyarakat.
 
"Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing"
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 









 

0 Comments:

Post a Comment