About

Saturday 30 November 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG KOMUNITI TAMAN MANJUNG BARU

Pagi ini di Taman Manjung Baru, Seri Manjung aktiviti gotong royong komuniti taman perumahan bersama Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 1. 

Aktiviti tertumpu kepada menebang dan memangkas dahan-dahan pokok yang merbahayakan komuniti taman dan juga mengorek tanah sekeliling jalan bertar taman bagi membina parit @ longkang pasir untuk mengalirkan air keluar daripada memasuki rumah komuniti yang akan terjejas apabila berlaku hujan lebat.

Lokasi perumahan komuniti yang terjejas di masuki air apabila hujan lebat berlaku adalah kediaman komuniti yang bersempadanan menghadap lot tanah yang ditanami pokok kelapa sawit dan pokok getah di belakang Taman Manjung Baru.

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Manjung Baru yang baru menerima bantuan peruntukan Geran Komuniti ini bermula seawal pagi tadi dan masih terus berjalan hingga kini.

Berbekal semangat gotong royong dan peruntukan Geran Komuniti yang telah diperolehi akan menjadi nilai tambah kepada warga taman ini untuk terus mewujudkan persekitaran yang harmoni, ceria dan selamat untuk komuniti.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment