About

Monday 18 February 2019

Majlis perasmian Pusat aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Manjung di Masjid Haji Isa Batu 8, Lekir







19 Februari 2019 (Selasa), Sedang berlangsung Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Manjung di Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Wong May Ing (Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan dihadiri kira-kira lebih 100 orang tetamu terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan masyarakat setempat.
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (development) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan NGO.
Dengan adanya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ianya dapat meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan, pembangunan warga emas dan meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif














0 Comments:

Post a Comment