About

Sunday 22 April 2018

PROGRAM BESKAL (BERBASIKAL BERSAMA KOMUNITI MENYELESAI ISU SOSIAL)


19 April 2018- Telah diadakan Program (BESKAL) Berbasikal Bersama Komuniti Menyelesai Isu Sosial.  Program ini bertujuan Untuk menyelami isu-isu sosial di kawasan Perbandaran Manjung Khususnya di Kawasan Rukun Tetangga. Di samping, dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung.Kira-kira 100 orang penduduk telah bersama-sama menyertai program tersebut. Program ini bertujuan merancakkan aktiviti berbasikal bersama masyarakat dalam menyelesaikan isu-isu sosial di Daerah Manjung disamping mengeratkan hubungan kemasyarakatan diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama Ahli Majlis,Majlis Perbandaran Manjung, komuniti perbandaran Manjung, Jawatankuasa Penduduk (JPP), Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Perpaduan, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.




0 Comments:

Post a Comment