Thursday, 22 March 2018

MIMBAR MADANI ANTARA PLATFORM MPM BERSAMA KOMUNITI


22 Mac 2018- ayer tawar
Mimbar madani antara platform MPM bersama komuniti

1. Dato Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti Taman Sungai Wang dalam majlis bacaan yasin dibawah program mimbar madhani.

2. Merupakan sasaran untuk dekati komuniti pada tahun 2018.

3. Bagi memudahkan komuniti bersua muka dan berjumpa serta bertukar pandangan disamping meneliti aspek keperluan masyarakat dikawasan yang dijelajahi.

4. Merupakan sebahagian daripada mekanisma turun padang utk memenuhi kehendak dan keprluan komuniti setempat.

5. Program dengan usahasama kawasan rukun tetangga sungai wang ini dihadiri lebih 100 warga taman dan turut disertai peg majlis perbandran manjung dan en zaid pegawai perpaduan daerah manjung.

6. Dalam pada itu, mpm.turut menyumbang kotak makanan kepada 5 warga miskin bandar yang tersenarai dalam e kasih ditaman tersebut.

8. Dalam ucapan beliau turut menyatakan bahawa perkhidmatan kutipan sampah, pemotongan rumput serta cucian longkang menjadi keutamaan dan berhrap agar komuniti menjadi mata dan telinga kepada mpm untuk memantau dan menilai hasil.kerja kontraktor yg dilantik.

9. Beliau turut memaklumkan bahawa melalui program ini, ianya dapat memberi peluang kepada komuniti utk bersama pegawai2 mpm dan sebagai platform pemberian dan penerimaan ilmu secara dua hala iaitu ilmu duniawi mahupun ukhrawi. 

10. Beliau juga berharap melalui penganjuran program ini dapat melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang allah kurniakan.Serta mewujudkan sebuah masyarakat Perbandaran Manjung yang harmoni disamping memupuk nilai-nilai murni, berdisplin, bersatu padu menjurus kepada masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di perbandaran Manjung.

11. Beliau turut mengambil kesempatan didalam program ini dalam menerangkan berkenaan peluang perniagaan di kawasan taman taman bagi menampung perbelanjaan seharian melalui sewaan gerai majlis ataupun membuka ruang gerai di kawasan taman dengan syarat mematuhi peraturan perniagaan dan menjaga kebersihan persekitaran.





0 comments: