Tuesday, 4 July 2017

PERASMIAN KOLEJ PERIKANAN MALAYSIA LUMUT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan nazrin Muizzudin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML) di Kampung Acheh, Lumut pada 4/7/2017. Turut sama hadir adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja-raja bergelar, Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir serta Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan.

Kolej yang mula beroperasi sejak Julai 2016 ini mampu menampung sehingga 500 orang pelatih dalam satu masa dan kolej ini sedang melatih 110 orang pelajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang iaitu Akuakultur Marin dan perikanan tangkapan.

Yang lebih menariknya, kos pengajian di Kolej ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di mana pelatih hanya perlu menanggung yuran pendaftaran sahaja malah pelatih turut diberikan elaun sara hidup sepanjang menjalani latihan di sini.

Penubuhan KPML ini  dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukan negeri Perak sendiri sebagai negeri dengan pendaratan ikan laut tertinggi di Malaysia di samping menyokong pemodenan industri perikanan tangkapan serta akuakultur negara.






0 comments: