About

Tuesday 22 November 2016

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN TERTUTUP DAERAH MANJUNG DAN JEMPUTAN PIALA YANG DIPERTUA MPM 2016


12 NOVEMBER 2016 (SABTU) Kejohanan Ping Pong Berpasukan Tertutup Daerah Manjung dan Jemputan Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Tahun 2016 telah diadakan pada jam 8.30 pagi di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Mini, MPM.
Kejohanan kali pertama anjuran MPM dan Kelab Ping Pong Arrow Ace ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ping pong, meningkatkan semangat kesukanan di kalangan masyarakat khususnya bagi sukan ping pong serta merancakkan aktiviti berteraskan kecergasan dan kesihatan di samping mengeratkan hubungan kemasyarakatan di antara MPM bersama komuniti perbandaran Manjung.Terdapat 32 pasukan dari seluruh Perak yang menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan kategori perseorangan dan beregu berpasukan.  Johan kejohanan ialah pasukan MPM/Arrow Ace A, membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 500 beserta medal, diikuti pasukan MPM/Arrow Ace B di tempat kedua yang menerima wang tunai RM 300 beserta medal dan pasukan MPM/Arrow Ace C berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama pasukan GS8 menerima wang tunai RM 150 beserta medal. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM.  Manakala Encik Mohamad Sharil Salihan, Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial MPM pula telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kejohanan tersebut.












0 Comments:

Post a Comment