About

Sunday, 5 June 2016

MAJLIS RUQYAH HILAL 2016, BAITUL HILAL, SEGARI




Majlis Ruqyah Hilal 2016 telah berlangsung pada 5 Jun 2016 bertempat di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang Segari, Perak. Majlis tersebut bertujuan untuk melihat hilal ataupun anak bulan Ramadhan bagi permulaan hari berpuasa bagi seluruh umat Islam di negeri ini. Selain dari mengira ataupun menghisab awal bulan kalendar hijrah, melihat hilal juga adalah salah satu cara penentuan 1 Ramadhan yang telah digunakan oleh umat Islam negara ini sejak dulu lagi.

Majlis tersebut bermula pada pukul 4.00 petang dan diisi dengan pameran alatan-alatan ruqyah hilal, solat asar berjemaah, ceramah fadhilat berpuasa, seterusnya melihat hilal, solat maghrib dan isyak berjemaah dan akhirnya solat tarawikh. Dianggarkan lebih dua ratus pengunjung yang hadir sama memeriahkan majlis tersebut. Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria turut hadir bersama beberapa kenamaan orang besar jajahan, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En Ismail Bin Ibrahim dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan. 













0 Comments:

Post a comment