About

Tuesday, 3 September 2013

APA ITU LOCAL AGENDA 21

Bagaimana LA21 bermula`

Bermula dengan deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Malaysia telah mengambil inisiatif menyokong Agenda 21, Pelan Tindakan Global ke arah pembangunan mampan untuk abad ke-21. Program LA21, iaitu Agenda 21 di peringkat tempatan menekankan penglibatan dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam bab ke-28 Agenda 21.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan United Nations Development Program (UNDP) memulakan pelaksanaan Program LA21 menerusi Program Perintis LA21 pada bulan Mac 2000.

Program LA21 yang memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership antara PBT, masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mampan jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mampu mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat dan harmoni serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan peka terhadap isu-isu alam sekitar , sosial dan ekonomi.
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


Di peringkat kerajaan PBT adalah agensi yang paling rapat dengan orang awam, dan ia memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan menggembleng orang awam serta memberikan maklum balas kepada orang awam bagi menggalakkan pembangunan mampan. LA21 mula disebut dalam Bab 28 Agenda 21 ;

“menyeru semua PBT di seluruh dunia untuk melaksanakan proses perundingan dengan rakyatnya, organisasi tempatan dan sektor swasta, dan mencapai persetujuan tentang ‘satu LA21’ untuk masyarakatnya”.




Sunday, 3 February 2013

My Beautiful Malaysia 2013

Program My Beautiful Malaysia 2013 Gotong Royong Perdana 1Malaysia anjuran Kerajaan Negara Malaysia melalui 1Malaysia 4 Youth(1M4U) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Tanah & Daerah Manjung telah berlangsung pada 03hb Februari 2013 bertempat di Dataran Hadhari Teluk Batik. Program ini berkonsepkan gotong royong di seluruh Malaysia dimana melibatkan penglibatan seluruh rakyat Malaysia. Program di Teluk Batik telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut.


Saturday, 10 March 2012

HEAD LINE



Friday, 2 March 2012

JAWATANKUASA KECIL PELANCONGAN LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 Daerah Manjung merupakan sebuah pelan alternatif kearah pembangunan mampan di daerah Manjung dan telah bermula pada tahun 2005. Ianya disarankan untuk diwujudkan bertujuan untuk bergiat aktif di dalam memartabatkan industri pelancongan  daerah dalam masa yang sama meningkatkan imej dan kualiti bandar disamping membantu mempromosikan Daerah Manjung sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Jawatankuasa ini juga diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam usaha mengembangkan pembangunan maritim dan ekonomi seterusnya memperkenalkan daerah Manjung ke luar dan di dalam negeri melalui pendekatan berasaskan pembangunan pelancongan yang terperinci, aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan produk pelancongan, penyertaan dan penganjuran program dan seminar, serta acara-acara khas yang dapat mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah Manjung.

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul dan menjejaskan aktiviti pelancongan seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai serta pelancong-pelancong melalui penganjuran bersama program dan acara pelancongan.

Perancangan dan perlaksanaan program pelancongan seperti karnival pelancongan, karnival sukan, pesta, program kebudayaan dan sebagainya.

Berusaha dalam memberi fokus kepada pembangunan pelancongan melalui aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan produk pelancongan dan menitikberatkan penyertaan secara langsung penduduk tempatan dalam memastikan produk pelancongan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.


VISI JAWATANKUASA

“Bersama-sama dalam memastikan Daerah Manjung menjadi lokasi tarikan pelancong yang ceria, indah dan bersih serta mempunyai kepelbagaian aktiviti pelancongan yang boleh menarik ramai pelancong untuk berkunjung’


MISI JAWATANKUASA

“Menjadi penggerak di dalam industri pelancongan daerah Manjung yang memberi manfaat kepada masyarakat, pemain industri serta pihak berkepentingan melalui pelan tindakan yang effektif dan konsisten seiring dengan tema Bandar Pelancongan dan Maritim.”



Wednesday, 6 January 2010

HEAD BLOG PHOTO PROMO